Friday 31 January 2020

PROMO MEI MEALSHAKE BUY 6 FREE 1 : Pengedar Sah Shaklee di Paka, Dungun, dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


SPECIAL BULAN MEI!!




DAPATKAN SHAKLEE OSTEMATRIX BUY 6 FREE 1 DENGAN HARGA RM682.50!!


Saya Nurul Akma Sabran adalah Pengedar Sah Shaklee di SELURUH MALAYSIA terutamanya di Terengganu.

NURUL AKMA SABRAN | SHAKLEE ID: 869813


Friday 23 May 2014

Enfuselle : Skincare untuk wajah bermasalah

Bismillah.

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang berkah. Syukur masih lagi hidup dengan pergerakan yang tiada batas. Alhamdulillah, semua ini nikmat dari Allah. 

Entri kali ini sekali lagi mengenai Skincare. Jika sebelum ini, saya kongsikan tentang NutriWhite, kali ini topiknya adalah Enfuselle. Enfuselle biasanya digunakan untuk merawat kulit wajah bermasalah seperti kulit berjerawat, kulit berminyak dan kering. Pendek kata, Enfuselle adalah rakan terbaik bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan bermasalah. Sangat sesuai bagi mereka yang berusia 25 tahun ke atas. Enfuselle terbahagi kepada 2 set. Jom kita semak satu persatu.


1) Skin Care Enfuselle (Normal to Oily Skin) - lebih sesuai untuk berminyak, jerawat dan sensitifAntara produk-produk Enfuselle untuk Normal to Oily Skin ialah:-

- Purifying Cleansing Gel
 
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

- Purifying Toner 
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida 
 
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
- Balancing Moisturizer 
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
 
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal: 

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
- Eye Treatment 
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal: 

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap. 

Sunday 18 May 2014

Impian BESAR bersama Insan-insan HEBAT

Bismillah. 

Assalamu'alaikum dan salam ceria buat pembaca Vitamin Care4U.

Sayang-sayang semua, nak BERJAYA bukan satu perkara yang MUDAH. Perlu daki tangga-tangga dulu, redah onak duri, rasa pahit dan manis tetapi KEJAYAAN itu bukanlah perkara yang MUSTAHIL untuk digapai. Saya, anda mahupun siapa sahaja boleh berjaya asalkan ada PASSION yang kuat.

Entri kali ini adalah tugasan yang diamanahkan oleh bonda Shaklee saya iaitu Master Nusrat Raihan. Beliau minta kami iaitu anak-anak Shaklee beliau dalam group HEBAT kami DESIRE menulis satu entri berkenaan dengan susur galur dalam keluarga. Macam salasilah keluarga, ada ayah, emak, datuk, nenek, moyang..begitu juga keluarga besar Shaklee kami. 

Secara jujur, saya bersyukur dipertemukan insan-insan HEBAT dalam susur galur bisnes ini. Saya yakin dengan PASSION yang saya ada, dengan ilmu-ilmu yang diberikan oleh mentor dalam susur galur saya  ini, redha dan restu daripada suami dan ibu bapa serta dengan izinan Allah s.w.t, saya akan BERJAYA seperti mereka yang telah BERJAYA lebih dahulu daripada saya. Yang paling penting saya serap semua ilmu dan bertindak untuk menuju ke puncak.

Orang kata, kalau nak BERJAYA, selalulah berdamping dengan orang yang telah BERJAYA. Walaupun mereka-mereka ini tak pernah saya jumpa, tapi saya ni stalker tau! Hari-hari saya akan baca setiap perkongsian yang disampaikan oleh mereka menerusi FB dan blog. Saya semat dalam hati, satu hari saya akan jadi seperti mereka dan saya betul-betul teringin nak bersua muka dengan mereka. InsyaAllah, satu hari nanti. 

Ok, jom kenali wajah-wajah mereka yang menjadi inspirasi untuk saya berjaya dalam Shaklee.


MASTER HAJI ROSLAN GHAZALI
[Super Duper Onyang Shaklee ku]



 MASTER HAJAH SALWA DAN HAJI HUSSAIN
[Onyang2 Shaklee ku]


MASTER NORITA DAN NAQUIB HUSSAIN
[Nenda & Tokda Shaklee ku]


MASTER SITI NUSRAT RAIHAN 
DAN MOHAMAD HAFIEZ CHE RAMLI
[Bonda & Ayahanda Shaklee ku]


MASTER2BE NURUL AKMA SABRAN
DAN MUHD HANIS MAMAT
[hahhaa...ini daku, maafle letak gambo kawen]

Tengoklah keluarga shaklee saya, semua dah Master. Hebat-hebat belaka. Walaupun saya masih baru dalam dunia Shaklee, saya mahu cepat-cepat belajar dan jadi HEBAT seperti mereka. Saya yakin saya boleh!

Dan jika anda berminat nak follow up jejak langkah mereka, jom bersama-sama saya dalam legacy saya yang BRILLIANT! Saya bersedia untuk membantu anda. Kami ada group tertutup di FB dan WhatsApp yang sangat hebat dengan perkongsian tips, follow up tanpa henti dan tak lupa ilmu-ilmu ketuhanan yang sangat mendekatkan diri kita pada Nya.

Ada yang nak bersama saya?Terus hubungi saya ya! :)


To your good health,
eima sabran

I love living better, being green, living healthy and helping others do the same. 


***************************************************************************************************

✿Like Facebook Page: VitaminCare4U
✿Shaklee ID: 869813 | Eima Sabran
H/P No: 019-9086 086  
✿YahooMail: akma_sabran@yahoo.com

****************************************************************************************************
LET'S ALL BE HEALTHY & HAPPY!
  

Sunday 11 May 2014

NutriWhite Skincare untuk wajah lebih berseri

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Kali ini eima ingin kongsikan set penjagaan kulit Shaklee. Actually, Shaklee ada keluarkan 2 jenis skin care, satu adalah Nutriwhite dan satu lagi Enfuselle.Tapi mungkin ramai yang belum tahu kewujudan skincare ni. Al-maklumlah, rata-rata beli Shaklee untuk dapatkan vitamin sahaja. Hihi..tapi tak apa, untuk entry kali ini eima nak share serba sedikit mengenai Nutriwhite.  Nutriwhite dulu ye, kawan-kawan yang nak tahu pasal Enfuselle mohon bersabar, InshaAllah eima akan kongsikan dalam entri yang akan datang.

Set penjagaan Nutriwhite sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang normal. Maksudnya tak ada masalah jerawat, kulit berminyak, kulit kering dan sebagainya. Sebelum memilih skincare, eima sarankan korang untuk kenalpasti jenis kulit terlebih dahulu. Sebabnya kalau nak beli eima akan tanya dulu apa masalah kulit yang korang alami. Shaklee ada 2 jenis set penjagaan wajah, jika kulit bermasalah Enfuselle adalah pilihan terbaik. Kalau muka korang ada jerawat-jerawat yang halus-halus je pun, eima akan sarankan Enfuselle. Yang penting kenalpasti jenis kulit supaya tak tersalah pilih nanti. ;)

Jom berkenal-kenalan dengan NutriWhite.



Skin Care Nutriwhite - lebih sesuai untuk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk. Ini kerana ia berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan Vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk (kulit bermasalah). Antara produk-produk Nutriwhite ialah:-


Jom kurus dengan Cinch Shake Mix



Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...