Monday 31 December 2012

Khasiat Vivix Shaklee (Anti Aging)

Setiap orang pasti akan hadir waktu TUAnya. Ya, sudah pasti. Namun, lumrah alam kita mahu sentiasa tampak cantik dan awet muda. Bagi saya, tidak salah untuk melambatkan proses penuaan asalkan kita amalkan gaya hidup yang sihat dan pilihlah produk kesihatan yang betul dan terbaik serta benar-benar memberi manfaat untuk kita.

Bagi mereka yang masih tercari-cari supplement terbaik untuk anti penuaan dan awet muda, kami di Shaklee mempunyai jawapan untuk anda. Cubalah minum Vivix. Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, syarikat no 1 supplement makanan di Amerika.

Nama Product : VIVIX™

Kandungan sebotol : 150 ml

Cadangan pemakanan : 1 sudu teh sehari



Euphoria Set J khas untuk Ibu Hamil


Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri. Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya seandainya ia adalah kehamilan yang pertama. Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai yang perlu dimakan semasa hamil. 

Kalau anda membuka 'buku merah' di klinik kesihatan kerajaan, anda pasti akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat/vitamin. Contohnya seperti vitamin C, iron, asid folik dan sebagainya

Di Euphoria, kami menyediakan 1 set khusus untuk ibu-ibu yang mengandung iaitu Set J. Dan set ini dibahagi kepada dua iaitu: Set J-1 dan Set J-2. 

Set J-1 
(Khas Untuk 1st Trimester)


Nutriferon Meningkatkan Sistem Immunisasi

Musim hujan yang sering melanda kebelakangan ni menyebabkan kita kerap demam dan selsema. Saya sendiri baru je  lepas baik demam. Apa yang saya buat bila saya demam?

Saya akan ambil 2 biji vitamin C yang dipatah 2, namun kalau selepas beberapa hari tiada perubahan saya akan ambil sepeket NutriFeron. Sekarang, saya suka ambil NutriFeron seminggu sekali untuk sistem imuninasi saya. 


Apa itu NutriFeron?




Sunday 30 December 2012

Euphoria Set G untuk Asthma, Resdung, Allergi, Gegata & Eczema


Mesti runsingkan kalau setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan aje hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung. 

Mesti runsingkan kalau silap makan sikit dah asyik dok menggaru sana-sini macam kera kena belacan. 


Mesti runsingkan kalau terpaksa berpantang makan sebab risau semput kalau tak jaga makan. 



Mesti runsingkan kalau tengok kulit anak berparut-parut dan merah-merah gara-gara eczema.



Mesti runsing kan kalau terpaksa buang kahak sepanjang masa sampai rasa perit tekak dan hidung.



Ni baru sikit gejala-gejala masalah ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan ECZEMA. Orang yang mengalami dah tentu lebih runsing.  


Jangan runsing-runsing. Vitamin SHAKLEE boleh membantu. InsyaALLAH - dengan syarat kita konsisten, rajin minum air dan berdoa atas usaha kita. Jom kita baca.....



Saturday 29 December 2012

Euphoria Set F untuk Keintiman


Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita. Terutamanya yg sudah berkeluarga dan mempunyai kerjaya. Buat banyak kerja dalam satu masa, kadang-kadang boleh buat kita terabai satu-satu perkara. And most of the time, kebanyakan daripada kita lupa untuk menjaga penampilan dan kesihatan diri luaran dan dalaman. Almaklumlah, sibuk jaga suami dan anak-anak, kerja rumah, kerja pejabat, kehidupan sosial dan macam-macam lagi. Lastnya, tentang diri sendiri, terus lupa. 

Jadi, khas untuk wanita-wanita di luar sana, ambillah Set F (Feminine/ Kewanitaan) yang terdiri daripada Vita- E Complex dan Alfalfa complex. Bila kita sihat luar dan dalam, rupa pun berseri-seri semua pun senang tengok kita. Terutamanya suami kita, senyum memanjang.Set ini boleh diambil oleh anak dara dan wanita sudah berkahwin yang mementingkan kesihatan dalaman di samping menjaga kecantikan di luaran.



Friday 28 December 2012

Euphoria Set D untuk kecantikan kulit & kesuburan

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit yang umum di Malaysia.

Ada yang mengambil jalan singkat, menutup dengan segala macam bedak, foundation dan concealer, tapi hakikatnya di balik topeng bedak, faundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah. Biasa terbaca di akhbar, bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka. Kulit muka terbakar, tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif. Oleh itu, sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa di muka anda.

Atau mahu lebih selamat, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari. 

Tuesday 25 December 2012

Euphoria Set C untuk Ibu Berpantang

Zaman sekarang  memang mudah sangat nak dapatkan set bersalin/berpantang. Tak kira sama ada yang moden (kapsul2, krim dll yang terdapat dalam pelbagai jenama) atau pun yang lama (jamu serbuk, pilis, param yang boleh diperolehi dari tukang2 urut atau bidan). Tidak dinafikan semua ini bagus untuk kesihatan diri wanita untuk masa sekarang dan juga akan datang.

Namun demikian, di zaman sekarang ini juga, rata-rata bayi yang lahir akan mendapat jaundis.  Dan apabila ianya berlaku, kebiasaannya nurse atau doktor akan sarankan kepada ibu-ibu supaya menghentikan pengambilan segala jamu sehinggalah bayi benar-benar pulih dan bebas dari jaundis...Akibatnya jamu-jamu berkenaan jadi terbengkalai dan last2 terus malas/lupa nak makan.

Oleh yang demikian, dengan adanya Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi.  Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi.  Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Apakah vitamin-vitamin dalam Set Bersalin/Berpantang Shaklee ni???






Monday 24 December 2012

Set B untuk Ibu Menyusu


Buat semua ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi terutama bagi mereka yang baru mengenali dunia penyusuan, saya ingin berkongsi set penyusuan yang benar-benar mempunyai permintaan yang sangat tinggi iaitu:

1.Set B
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan
  • Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit-birit dengan alfalfa.
  • Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi,
  • Vitamin C fokus on imun sistem,
  • Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh
  • manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
  • Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar

~ set ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan Shaklee. Baru nak try atau 'test' berkesan atau tidak.

~ada 4 vitamin dalam set ini : Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan Alfalfa


Set A untuk Kesihatan Optimum

Terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri dari:
  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti  serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenagamengurangkan stress, 
memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.  

                       

Sunday 23 December 2012

Perbezaan vitamin Shaklee dan vitamin sintetik


Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. Kenapa? OK let me tell you the truth.

Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.

Apakah jadah vitamin sintetik dengan natural ni?
OK kita semak satu-satu.

Kesan sampingan Shaklee yang perlu anda tahu


Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam, ada yang muntah-muntah, ada yang naik ruam dan sebagainya.

Pengalaman saya sendiri:
Saya sendiri mengambil Vitamin Shaklee untuk kesihatan. Saya mula mengenali Shaklee sejak 2 bulan yang lalu. Seminggu pertama mencubanya, saya rasa seperti pening-pening, terasa loya macam nak muntah. Masa tu rasa tension jugak kerana kita ambil vitamin untuk sihat, alih-alih jadi makin tak sihat pulak. Namun, atas nasihat pakar, saya teruskan pengambilan vitamin tersebut DAN saya minum banyak air. Ye, saya akui saya memang kurang minum. Sehari cuma seliter, jadi badan saya mengalami kekurangan cecair apabila proses pemulihan berlaku selepas pengambilan Shaklee. Alhamdulillah, seminggu selepas pengambilan vitamin secara berterusan dan teratur DAN meminum lebih banyak air, badan jadi lebih segar dan sihat, juga rasa lebih bersemangat.

Adakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?
Jawapannya TIDAK.




Saturday 22 December 2012

Shaklee diakui HALAL, gunakan tanpa was-was

Shaklee halal atau haram?

Status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.
Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:


  • Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
  •  INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
  •  JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.


Dari website Jurnal Halal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...