Ramai yang mencuba Shaklee, dan macam-macam result diperolehi. Ada yang sekali ambil sudah rasai perubahan, ada yang lepas sebulan baru nampak, ada yang siap demam, ada yang muntah-muntah, ada yang naik ruam dan sebagainya.
Pengalaman saya sendiri:
Saya sendiri mengambil Vitamin Shaklee untuk kesihatan. Saya mula mengenali Shaklee sejak 2 bulan yang lalu. Seminggu pertama mencubanya, saya rasa seperti pening-pening, terasa loya macam nak muntah. Masa tu rasa tension jugak kerana kita ambil vitamin untuk sihat, alih-alih jadi makin tak sihat pulak. Namun, atas nasihat pakar, saya teruskan pengambilan vitamin tersebut DAN saya minum banyak air. Ye, saya akui saya memang kurang minum. Sehari cuma seliter, jadi badan saya mengalami kekurangan cecair apabila proses pemulihan berlaku selepas pengambilan Shaklee. Alhamdulillah, seminggu selepas pengambilan vitamin secara berterusan dan teratur DAN meminum lebih banyak air, badan jadi lebih segar dan sihat, juga rasa lebih bersemangat.
Adakah Shaklee mempunyai kesan sampingan?
Jawapannya TIDAK.