Monday 29 April 2013

Kesihatan sendi dengan Advance Joint Health Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari saya nak share tentang kesihatan sendi dan Produk Shaklee yang sesuai utk legakan masalah sakit sendi adalah Joint Health Tablet.




Retail Price : 
Joint Health Complex : RM124 SM

Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertundaektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Thursday 25 April 2013

Diet program Shaklee, ikut kesesuaian anda



Ingin kelihatan kurus dan slim? Benci lemak2 yang ada di lengan, perut dan paha? Hari ni mama nak kongsikan bersama set2 yang ada untuk semua golongan, lelaki, perempuan, ibu menyusu dan lain - lain.

___________________________________________________________


"MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. "

Takut tak bila baca? Sebab bila sebut tentang berlebihan berat badan. Itu menandakan badan kita sudah bersedia untuk menerima atau menjemput segala jenis penyakit. Betul tidak? Malaysia sangat kaya dengan makanan yang sedap-sedap jadi tak mustahil bila penduduknya ramai yang mengalami obesiti.

Mencegah sebelum merawat, ini yang selalu kita dengar dan baca kan? Jadi kalau badan kita sudah melebihi tahap berat ideal. Haruslah kita mula untuk mencari penyelesaian supaya berat badan kembali kepada berat ideal. Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini. Akibat tabiat makan yang tidak terkawal, berat badan naik dengan mendadak.


Tips of the day: Cara kurus tanpa ubat-ubatan


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Tuesday 23 April 2013

Atasi gastrik dengan Vitamin Shaklee


Gastrik adalah masalah yang sangat lazim dalam masyarakat kita.  Ia bukan penyakit, tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas berasa sakit dan tidak selesa.  Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.  Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini.  Ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakn cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai gastrik, anda harus berhati-hati dengan beberapa jenis makanan yang disenaraikan seperti di bawah :-

  1. Makanan/ minuman yang berasid ;- kepada yang suka minum orange juice, air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini,… Memang ia kaya dengan vitamin C, tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis.
  2. Makanan pedas :-  Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Jika anda seorang yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini.  Makan atas risiko sendiri ya!!
  3. Makanan yang berangin :- Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya.
  4. Air berkarbonat/kafein :- Memang sedap minum air berkarbonat, tapi untuk pesakit gastrik, jangan diamalkan.  Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tidak mengambil makanan/minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik.
  5. Susu :- Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat perut mereka lagi meragam.
petikan : majalah rapi SEPTEMBER 2012

Monday 22 April 2013

Terlalu kurus hingga hilang keyakinan? Jom atasi dengan weight gain set shaklee!


"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?...


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN


1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.


2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.


Thursday 18 April 2013

Vitamin Shaklee membantu merawat rambut gugur dengan berkesan


Pengambilan makanan yang betul dapat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat dan yang paling penting tidak gugur. Tetapi adakah pemakanan kita seharian cukup untuk menampung keperluan keseluruhan   badan kita? Saya yakin hanya dari pemakanan, nutrisi san zat yang diperlukan oleh badan adalah tidak cukup. Ditambah pula dengan persekitaran dan cara hidup kita sekarang.

Saya bagi satu contoh; Sebiji vitamin E 400 IU Shaklee bersamaan 1kg benih gandum, 500ml minyak saffflower, 8kg bayam dan 500gm badam. Adakah kita sehari makan sebanyak itu? Tentu tidak. Cuba anda bayangkan jika anda mengambil sebiji vitamin E Shaklee sehari, begitu banyak zat yang anda dapat dibandingkan dengan orang yang tidak mengambil vitamin E Shaklee. Sebenarnya vitamin membantu anda menambahkan zat dalam pemakanan anda seharian. 


Begitu juga dengan merawat rambut gugur. Pengambilan vitamin disamping pemakanan yang berkhasiat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...