Wednesday 30 April 2014

Kisah saya dan Vitamin C Shaklee

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum sahabat dan para pembaca setia vitamincare4u. 

Alhamdulillah..Malam ini sudah masuk pun 1 Rejab..Pejam celik pejam celik, Ramadhan hanya tinggal 60 hari saja lagi. Sungguh tak sabar rasanya untuk bertemu Ramadhan kali ini. Harapan saya moga Allah swt panjangkan umur saya supaya dapat saya lakukan amal kebaikan sebagai bekalan untuk saya bawa ke akhirat nanti. Amin.

Entri kali ini berkait rapat dengan permulaan bisnes Shaklee saya dan vitamin c. Bunyinya macam pelik kan? Tetapi, itulah hakikatnya. Vitamin C adalah penyebab bagaimana saya boleh terjerumus ke dalam bisnes Shaklee ini. 




Ingat tak dulu-dulu waktu Vitamin C sangat-sangat HOT? Seingat saya pada pertengahan tahun 2012. Bila saya buka FB, rata-rata peniaga kosmetik online akan jual vitamin c. Ada murah, ada mahal. Bila baca testimoni, mulalah saya tergerak hati nak membeli. Untuk pengetahuan, saya ni macam perempuan lain juga, suka dan gilakan kecantikan. Ye la, sapa tak nak cantik kan? Bila dah confirm nak cuba vitamin c, saya pm mereka-mereka yang jual untuk cari siapa yang jual paling murah! Rata-rata jual RM1++ untuk sebiji. Purata mereka yang jual RM45++ untuk 30 biji. Wow, mahal sungguh! Mahal memang mahal, tapi disebabkan nak cantik saya tetap nak beli juga. Jadi, waktu tu saya pakat dengan kakak dan adik-adik untuk sama-sama beli. Bak kata sorang akak yang jual tu, lagi banyak saya beli lagi murah harga yang boleh saya dapat. Jadi hasil pakatan kami adik beradik dapatlah beli dengan harga RM0.80 sen sebiji. Kira ok la daripada RM1.30 sebiji kan?


Sunday 20 April 2014

Masalah angin dalam badan? Atasi dengan Papermint Ginger Plus Shaklee

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua para pembaca Vitamincare4u.

Kita biasa mendengar ahli keluarga dan rakan sekeliling yang menghadapi masalah angin. Kebiasaannya, minyak panas akan disapu pada perut untuk mengurangkan masalah ini. Sememamngnya masalah angin dalam badan adalah perkara normal kerana adalah sebahagiaan daripada masalah pencernaan. 


Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.


Friday 18 April 2014

Kenali CoQ Health Plus Shaklee

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua pengunjung dan pembaca setia VitaminCare4U.Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi info mengenai CoQ Health Plus Shaklee.
Apakah CoQ Health Plus Shaklee?
CoQ Health Plus shaklee merupakan supplement yang  mengandungi campuran 28 miligram (mg)  (CoQ10), Vitamin E dan ekstract Teh Hijau yang di hasilkan oleh jenama Shaklee, syarikat suplement no 1 di dunia yang memperkenalkan konsep vitamin semulajadi 100%.
“Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.
“Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan.
Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus. Disarankan1-2 kapsul sehari selepas makan terutama selepas makan makanan berlemak dan berminyak. 

Asid Folik dalam Vitamin B Shaklee

Assalamualaikum. :)

Salam pagi buat para pengunjung dan pembaca setia VITAMINCARE4U. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah s.w.t kurniakan, kita masih lagi bernafas di bumi ini. Semoga hari ini setiap amalan dan perbuatan kita mendapat keredhaan dari Yang Esa.

Pagi ini saya inginberkongsi  tentang kepentingan asid folik untuk ibu hamil.  Bagi yang merancang untuk hamil bolehla ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.


Ibu hamil jangan mengabaikan pengambilan asid folik. Wajib ambil asid folik untuk mengelakkan risiko keguguran.



Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).



Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.


Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...