Tuesday 20 August 2013

Set Kelegaan PMS [Senggugut] untuk anda.



Sesetengah wanita mengalami masalah senggugut semasa kedatangan haid (period) sejak daripada zaman remaja lagi. Ada yang terpaksa berehat sahaja kerana kesakitan yang amat sangat. Pelbagai faktor menjadi punca masalah senggugut. 

Bagi permasalahan ini, produk berikut adalah yang terbaik kami sarankan.


Retail Price : 
GLA Complex : RM92 SM / RM95 SS
Ostematrix : RM61 SM / RM65 SS
B-Complex : RM54 SM / RM57 SS

Monday 19 August 2013

Atasi Migrain Dengan Vitamin Shaklee

Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang-kala mereka merasa loya dan termuntah. Mereka juga boleh tahu yang mereka akan terkena serangan migrain, bila mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.
Sebab-sebab migrain adalah terlalu banyak seperti tekanan perasaan, stress, keresahan, kurang makan atau tidur, terdedah kepada cahaya silau atau turun naik hormon semasa haid (bagi wanita).

Monday 29 April 2013

Kesihatan sendi dengan Advance Joint Health Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari saya nak share tentang kesihatan sendi dan Produk Shaklee yang sesuai utk legakan masalah sakit sendi adalah Joint Health Tablet.




Retail Price : 
Joint Health Complex : RM124 SM

Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertundaektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Thursday 25 April 2013

Diet program Shaklee, ikut kesesuaian anda



Ingin kelihatan kurus dan slim? Benci lemak2 yang ada di lengan, perut dan paha? Hari ni mama nak kongsikan bersama set2 yang ada untuk semua golongan, lelaki, perempuan, ibu menyusu dan lain - lain.

___________________________________________________________


"MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini. "

Takut tak bila baca? Sebab bila sebut tentang berlebihan berat badan. Itu menandakan badan kita sudah bersedia untuk menerima atau menjemput segala jenis penyakit. Betul tidak? Malaysia sangat kaya dengan makanan yang sedap-sedap jadi tak mustahil bila penduduknya ramai yang mengalami obesiti.

Mencegah sebelum merawat, ini yang selalu kita dengar dan baca kan? Jadi kalau badan kita sudah melebihi tahap berat ideal. Haruslah kita mula untuk mencari penyelesaian supaya berat badan kembali kepada berat ideal. Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini. Akibat tabiat makan yang tidak terkawal, berat badan naik dengan mendadak.


Tips of the day: Cara kurus tanpa ubat-ubatan


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

Tuesday 23 April 2013

Atasi gastrik dengan Vitamin Shaklee


Gastrik adalah masalah yang sangat lazim dalam masyarakat kita.  Ia bukan penyakit, tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas berasa sakit dan tidak selesa.  Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.  Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini.  Ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakn cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai gastrik, anda harus berhati-hati dengan beberapa jenis makanan yang disenaraikan seperti di bawah :-

  1. Makanan/ minuman yang berasid ;- kepada yang suka minum orange juice, air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini,… Memang ia kaya dengan vitamin C, tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis.
  2. Makanan pedas :-  Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Jika anda seorang yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini.  Makan atas risiko sendiri ya!!
  3. Makanan yang berangin :- Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya.
  4. Air berkarbonat/kafein :- Memang sedap minum air berkarbonat, tapi untuk pesakit gastrik, jangan diamalkan.  Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tidak mengambil makanan/minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik.
  5. Susu :- Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat perut mereka lagi meragam.
petikan : majalah rapi SEPTEMBER 2012

Monday 22 April 2013

Terlalu kurus hingga hilang keyakinan? Jom atasi dengan weight gain set shaklee!


"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?...


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN


1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.


2) pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.


Thursday 18 April 2013

Vitamin Shaklee membantu merawat rambut gugur dengan berkesan


Pengambilan makanan yang betul dapat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat dan yang paling penting tidak gugur. Tetapi adakah pemakanan kita seharian cukup untuk menampung keperluan keseluruhan   badan kita? Saya yakin hanya dari pemakanan, nutrisi san zat yang diperlukan oleh badan adalah tidak cukup. Ditambah pula dengan persekitaran dan cara hidup kita sekarang.

Saya bagi satu contoh; Sebiji vitamin E 400 IU Shaklee bersamaan 1kg benih gandum, 500ml minyak saffflower, 8kg bayam dan 500gm badam. Adakah kita sehari makan sebanyak itu? Tentu tidak. Cuba anda bayangkan jika anda mengambil sebiji vitamin E Shaklee sehari, begitu banyak zat yang anda dapat dibandingkan dengan orang yang tidak mengambil vitamin E Shaklee. Sebenarnya vitamin membantu anda menambahkan zat dalam pemakanan anda seharian. 


Begitu juga dengan merawat rambut gugur. Pengambilan vitamin disamping pemakanan yang berkhasiat membantu anda mendapatkan rambut yang sihat. 

Tuesday 5 March 2013

Rahsia disebalik OSTEMATRIX SHAKLEE

Rahsia disebalik OSTEMATRIX SHAKLEE



Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium



Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Monday 4 February 2013

Performance Drink : Membantu Anda dan Ibu Hamil daripada Dehidrasi


Tahukah anda bahawa dehidrasi ketika hamil boleh membahayakan diri si ibu dan bayi di dalam kandungan? Melalui pembacaan saya pada blog Dr. Zubaidi, dehidrasi boleh menyebabkan risiko:

- Peningkatan suhu badan si ibu
- Si ibu boleh mengalami kontraksi (tahap dehidrasi sederhana)
- Risiko air ketuban akan kurang (tahap dehidrasi teruk)
- Risiko melahirkan bayi yang bersaiz kecil / bayi pra matang

Dehidrasi boleh ditakrifkan sebagai 'kekurangan air yang banyak dalam badan'. Seseorang ibu uyang hamil, perlu memastikan dirinya tidak dehidrasi. Ini adalah kerana, air sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungannya.

#Apakah tanda saya mengalami dehidrasi?

1. Anda berasa sangat haus
2. Air kencing menjadi sedikit, warna agak pekat dan berbau hancing yang agak kuat
3. Mengalami sembelit
4. Bibir menjadi kering
5. Berasa penat walaupun tidak melakukan kerja yang berat
6. Mengantuk walaupun cukup tidur
7. Rasa pening apabila menukar posisi daripada duduk ke posisi berdiri



#Bagaimana mahu merawat/mengelak dehidrasi?



- Mengikut Dr Zubaidi, satu-satunya cara untuk mengelak dehidrasi adalah dengan meminum air yang mencukupi. Elakkan meminum minuman yang berkafein (contohnya, teh, soda dan kopi) kerana ianya bersifat diuretik - di mana ia boleh menyebabkan si ibu lebih kerap ingin membuang air kecil.

Friday 1 February 2013

Vita-Lea® for Children Chewable




Vita-Lea® for Children Chewable
65 tablets


* Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

* 2 tablet sehari
* Membekalkan 19 vitamin dan mineral perlu
* Sumber kalsium pembina tulang
* Baik untuk kesihatan
* Bekalan harian untuk vitamin B


TIADA PERISA/PEWARNA TIRUAN


Thursday 31 January 2013

Omega Guard, Minyak Ikan Shaklee

Omega Guard Shaklee melindungi jantung anda kerana ia membekalkan asid lemak omega 3 berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Omega Guard Shaklee mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan pengambilan asid asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid asid lemak omega-3 EPA dan DHA.


Wednesday 30 January 2013

Vitamin untuk anak anda

Apakah set vitamin terbaik untuk anak anda?



Semestinya sebagai ibu bapa kita mencari hanya yg terbaik buat anak tersayang. Sangat beruntung jika anak2 didedahkan dengan vitamin semulajadi sedari kecil supaya mengurangkan pengumpulan2 toksin2 dalam badan akibat dari pemakanan yg tidak sihat seharian. Senarai vitamin kanak-kanak Shaklee yang TERBAIK adalah seperti di bawah:

Tuesday 29 January 2013

Vitamin Shaklee bantu tingkat kesuburan

Zuriat merupakan anugerah yg terindah untuk pasangan yg berumahtangga. Namun, kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada keretakan rumahtangga dan seterusnya penceraian.




“Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).”
Apabila ketidaksuburan berlaku, wanita biasanya disalahkan. Faktanya hanya 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.
Ada banyak punca masalah kesuburan. Namun, saya tidak ingin kupaskan di sini kerana saya bukanlah yang pakar. Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi cara shaklee dapat membantu mengatasi masalah kesuburan.


Monday 28 January 2013

Jom sertai Biz Shaklee kami!

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee Euphoria. Kini hidup saya dah berubah dengan Shaklee!! Sepanjang saya menjalankan bisnes dengan Shaklee, saya sangat berpuas hati dengan sistemnya yang adil dan gembira dengan apa yang saya perolehi sehingga kini. Dan insyaAllah saya kini sedang mendaki anak tangga kejayaan dalam Shaklee. A few steps to go :)

Ramai yang berkata...MLM??? Cabootttttttttttt!!!!

Shaklee ni MLM kan?
Ya, Shaklee merupakan salah satu perniagaan MLM. Namun dalam Shaklee tiada istilah upline sentiasa berada di atas. Upline dan downline masing-masing bekerja keras untuk berjaya. Tiada fenomena upline hanya duduk goyang kaki, downline bersusah payah buat sales. Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia akan menerima ganjaran yang lebih besar. Seronok kan? Itulah istimewanya Shaklee dari MLM yang lain.

USAHA ↑ = GANJARAN ↑ (Bonus dari Shaklee)


Sunday 27 January 2013

Meal Shake : Membantu meningkatkan selera kanak-kanak

Apa itu Meal Shakes?
(Saya copy daripada website Shaklee Malaysia)

Secara ringkasnya, ia adalah hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan dan yang pasti ia digemari oleh seisi keluarga:

- Sarapan segera yang berkhasiat
- Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
- Hidangan segera untuk para atlet
- Kudapan menarik pada bila-bila masa
- Hidangan yang ideal, rendah kolesterol, lemak dan sodium

Ia merupakan sumber protin dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Ia juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protin termasuk asid amino asli yang terdapat di dalam protin termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

Saturday 26 January 2013

Zinc Complex yang sangat bagus!


Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorangOkey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.


Friday 25 January 2013

Segalanya tentang B-complex

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum 

Wednesday 23 January 2013

Kenapa GLA Shaklee Sangat Best??




GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Sumber GLA
Minyak Primrose
Blackcurrent
Minyak Borage


Sunday 6 January 2013

Tips of the Day : How to Improve Memory


Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:



Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.



Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...