Friday 23 May 2014

Enfuselle : Skincare untuk wajah bermasalah

Bismillah.

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat yang berkah. Syukur masih lagi hidup dengan pergerakan yang tiada batas. Alhamdulillah, semua ini nikmat dari Allah. 

Entri kali ini sekali lagi mengenai Skincare. Jika sebelum ini, saya kongsikan tentang NutriWhite, kali ini topiknya adalah Enfuselle. Enfuselle biasanya digunakan untuk merawat kulit wajah bermasalah seperti kulit berjerawat, kulit berminyak dan kering. Pendek kata, Enfuselle adalah rakan terbaik bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan bermasalah. Sangat sesuai bagi mereka yang berusia 25 tahun ke atas. Enfuselle terbahagi kepada 2 set. Jom kita semak satu persatu.


1) Skin Care Enfuselle (Normal to Oily Skin) - lebih sesuai untuk berminyak, jerawat dan sensitifAntara produk-produk Enfuselle untuk Normal to Oily Skin ialah:-

- Purifying Cleansing Gel
 
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

- Purifying Toner 
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida 
 
Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
- Balancing Moisturizer 
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
 
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.

Terbukti secara klinikal: 

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik
- Eye Treatment 
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Terbukti secara klinikal: 

  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap. 

Sunday 18 May 2014

Impian BESAR bersama Insan-insan HEBAT

Bismillah. 

Assalamu'alaikum dan salam ceria buat pembaca Vitamin Care4U.

Sayang-sayang semua, nak BERJAYA bukan satu perkara yang MUDAH. Perlu daki tangga-tangga dulu, redah onak duri, rasa pahit dan manis tetapi KEJAYAAN itu bukanlah perkara yang MUSTAHIL untuk digapai. Saya, anda mahupun siapa sahaja boleh berjaya asalkan ada PASSION yang kuat.

Entri kali ini adalah tugasan yang diamanahkan oleh bonda Shaklee saya iaitu Master Nusrat Raihan. Beliau minta kami iaitu anak-anak Shaklee beliau dalam group HEBAT kami DESIRE menulis satu entri berkenaan dengan susur galur dalam keluarga. Macam salasilah keluarga, ada ayah, emak, datuk, nenek, moyang..begitu juga keluarga besar Shaklee kami. 

Secara jujur, saya bersyukur dipertemukan insan-insan HEBAT dalam susur galur bisnes ini. Saya yakin dengan PASSION yang saya ada, dengan ilmu-ilmu yang diberikan oleh mentor dalam susur galur saya  ini, redha dan restu daripada suami dan ibu bapa serta dengan izinan Allah s.w.t, saya akan BERJAYA seperti mereka yang telah BERJAYA lebih dahulu daripada saya. Yang paling penting saya serap semua ilmu dan bertindak untuk menuju ke puncak.

Orang kata, kalau nak BERJAYA, selalulah berdamping dengan orang yang telah BERJAYA. Walaupun mereka-mereka ini tak pernah saya jumpa, tapi saya ni stalker tau! Hari-hari saya akan baca setiap perkongsian yang disampaikan oleh mereka menerusi FB dan blog. Saya semat dalam hati, satu hari saya akan jadi seperti mereka dan saya betul-betul teringin nak bersua muka dengan mereka. InsyaAllah, satu hari nanti. 

Ok, jom kenali wajah-wajah mereka yang menjadi inspirasi untuk saya berjaya dalam Shaklee.


MASTER HAJI ROSLAN GHAZALI
[Super Duper Onyang Shaklee ku]



 MASTER HAJAH SALWA DAN HAJI HUSSAIN
[Onyang2 Shaklee ku]


MASTER NORITA DAN NAQUIB HUSSAIN
[Nenda & Tokda Shaklee ku]


MASTER SITI NUSRAT RAIHAN 
DAN MOHAMAD HAFIEZ CHE RAMLI
[Bonda & Ayahanda Shaklee ku]


MASTER2BE NURUL AKMA SABRAN
DAN MUHD HANIS MAMAT
[hahhaa...ini daku, maafle letak gambo kawen]

Tengoklah keluarga shaklee saya, semua dah Master. Hebat-hebat belaka. Walaupun saya masih baru dalam dunia Shaklee, saya mahu cepat-cepat belajar dan jadi HEBAT seperti mereka. Saya yakin saya boleh!

Dan jika anda berminat nak follow up jejak langkah mereka, jom bersama-sama saya dalam legacy saya yang BRILLIANT! Saya bersedia untuk membantu anda. Kami ada group tertutup di FB dan WhatsApp yang sangat hebat dengan perkongsian tips, follow up tanpa henti dan tak lupa ilmu-ilmu ketuhanan yang sangat mendekatkan diri kita pada Nya.

Ada yang nak bersama saya?Terus hubungi saya ya! :)


To your good health,
eima sabran

I love living better, being green, living healthy and helping others do the same. 


***************************************************************************************************

✿Like Facebook Page: VitaminCare4U
✿Shaklee ID: 869813 | Eima Sabran
H/P No: 019-9086 086  
✿YahooMail: akma_sabran@yahoo.com

****************************************************************************************************
LET'S ALL BE HEALTHY & HAPPY!
  

Sunday 11 May 2014

NutriWhite Skincare untuk wajah lebih berseri

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Kali ini eima ingin kongsikan set penjagaan kulit Shaklee. Actually, Shaklee ada keluarkan 2 jenis skin care, satu adalah Nutriwhite dan satu lagi Enfuselle.Tapi mungkin ramai yang belum tahu kewujudan skincare ni. Al-maklumlah, rata-rata beli Shaklee untuk dapatkan vitamin sahaja. Hihi..tapi tak apa, untuk entry kali ini eima nak share serba sedikit mengenai Nutriwhite.  Nutriwhite dulu ye, kawan-kawan yang nak tahu pasal Enfuselle mohon bersabar, InshaAllah eima akan kongsikan dalam entri yang akan datang.

Set penjagaan Nutriwhite sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit wajah yang normal. Maksudnya tak ada masalah jerawat, kulit berminyak, kulit kering dan sebagainya. Sebelum memilih skincare, eima sarankan korang untuk kenalpasti jenis kulit terlebih dahulu. Sebabnya kalau nak beli eima akan tanya dulu apa masalah kulit yang korang alami. Shaklee ada 2 jenis set penjagaan wajah, jika kulit bermasalah Enfuselle adalah pilihan terbaik. Kalau muka korang ada jerawat-jerawat yang halus-halus je pun, eima akan sarankan Enfuselle. Yang penting kenalpasti jenis kulit supaya tak tersalah pilih nanti. ;)

Jom berkenal-kenalan dengan NutriWhite.



Skin Care Nutriwhite - lebih sesuai untuk kulit normal tanpa sensitiviti dan jerawat yang teruk. Ini kerana ia berfungsi lebih kepada mencerah, dan kandungan Vitamin C yang tinggi tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan berjerawat teruk (kulit bermasalah). Antara produk-produk Nutriwhite ialah:-


Jom kurus dengan Cinch Shake Mix



Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

Saturday 10 May 2014

CINCH ENERGY TEA MIX : Teh sedap yang sihat


Mencari minuman untuk boost tenaga sambil berdiet sihat?
Cinch Energy Tea MIx  boleh membantu anda

Antara ekstrak utama yang ada di dalam Cinch Energy Tea Mix ni ialah : 

- Taurina
- Rooibos Red Tea Extract–tumbuhan herba dari Afrika~dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
- Green Tea Extract
- White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
- Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dari Jepun


Fungsi beberapa extract yang ada dlm cinch tea ni .

1. Fungsi MATCHA GREEN TEA ni adalah sebagai:
- antioksida yang sangat tinggi
- energy booster
- metabolisme booster
- bakar kalori up to 4 x ganda

2. Taurina bertungsi untuk : 
- menggalakkan metabolisme
- lebih bertenaga
- larutkan lemak
- membantu menghasilkan otot tanpa lemak

Vitalea Multivitamin Hebat


Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindunganPakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Kelebihan Vitamin E Shaklee

FORMULASI VITAMIN E SHAKLEE DILENGKAPI DENGAN SELENIUM WITH GRAPE SEED EXTRACT.




Perbezaan Vitamin E Shaklee :

Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum,yg kaya dgn vitamin E,diekstrak d-alpha tocopherol yg aktif scr fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E(alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran!

Mengandungi 10mg selenium semualjadi yg mmbntu tubuh kita menyerap vitamin E,mememlihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot.Ianya adlh penyahtoksik semulajadi logam berat spt raksa,kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Kepentingan Vitamin C untuk badan kita


Badan anda berupaya mampu melakukan banyak perkara tetapi ianya tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C. Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mgberupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara.  Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

Lecithin Shaklee

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.

Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedahyang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ok! Mari kita kaji....


IMEJ LECITHIN SHAKLEE


FAEDAH LECITHIN

- Membersih dan melicin saluran darah (sebab itu lecithin ni lebih popular dalam set pengurusan berat badan)
- Sebagai pengemulsi lemak semulajadi dalam salur darah  yang power! (sebab ini juga, tiap set kurus ada lecithin)
- Mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan metabolisma lemak.
- Mencairkan lemakturunkan paras kolesterol.
- Mengelakkan nyanyuk / penyakit alzhimer

Herbalax Shaklee


Apa itu herbalax?
  • Herbalax adalah suplemen yang berfungsi untuk menCUCI usus.
  • Bahasa mudahnya adalah julap.
  • Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.
  • Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.


Siapa yang digalakkan untuk mengamalkan Herbalax ? 
Golongan berikut amat digalakkan untuk mengamalkan herbalax :
  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan@perkumuhan kurang lancar@sembelit, 
  • mereka yang banyak jerawat, 
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen.

Friday 9 May 2014

Garlic Shaklee sebagai Antibiotik

Kelebihan yang terdapat pada Garlic complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis preminum yang ditanam secara organik di colifornia, USA diwaktu musim panas dan bebeas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa harba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian orgonosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.



Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia


  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak 
  • Menormalkan kesimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...