Wednesday 30 April 2014

Kisah saya dan Vitamin C Shaklee

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum sahabat dan para pembaca setia vitamincare4u. 

Alhamdulillah..Malam ini sudah masuk pun 1 Rejab..Pejam celik pejam celik, Ramadhan hanya tinggal 60 hari saja lagi. Sungguh tak sabar rasanya untuk bertemu Ramadhan kali ini. Harapan saya moga Allah swt panjangkan umur saya supaya dapat saya lakukan amal kebaikan sebagai bekalan untuk saya bawa ke akhirat nanti. Amin.

Entri kali ini berkait rapat dengan permulaan bisnes Shaklee saya dan vitamin c. Bunyinya macam pelik kan? Tetapi, itulah hakikatnya. Vitamin C adalah penyebab bagaimana saya boleh terjerumus ke dalam bisnes Shaklee ini. 




Ingat tak dulu-dulu waktu Vitamin C sangat-sangat HOT? Seingat saya pada pertengahan tahun 2012. Bila saya buka FB, rata-rata peniaga kosmetik online akan jual vitamin c. Ada murah, ada mahal. Bila baca testimoni, mulalah saya tergerak hati nak membeli. Untuk pengetahuan, saya ni macam perempuan lain juga, suka dan gilakan kecantikan. Ye la, sapa tak nak cantik kan? Bila dah confirm nak cuba vitamin c, saya pm mereka-mereka yang jual untuk cari siapa yang jual paling murah! Rata-rata jual RM1++ untuk sebiji. Purata mereka yang jual RM45++ untuk 30 biji. Wow, mahal sungguh! Mahal memang mahal, tapi disebabkan nak cantik saya tetap nak beli juga. Jadi, waktu tu saya pakat dengan kakak dan adik-adik untuk sama-sama beli. Bak kata sorang akak yang jual tu, lagi banyak saya beli lagi murah harga yang boleh saya dapat. Jadi hasil pakatan kami adik beradik dapatlah beli dengan harga RM0.80 sen sebiji. Kira ok la daripada RM1.30 sebiji kan?


Bermula hari vitamin c sampai sehingga 4 bulan berikutnya saya makan secara konsisten. 2 biji sehari tak pernah miss. Adik, kakak, ayah, mak semua makan vitamin c jugak. Muka kami adik beradik memang licin je waktu tu sampai ramai yang tegur. Ayah dan adik lelaki pula cakap gatal-gatal kat badan dah hilang.Bila vitamin dah habis, saya pm akak yang jual pada saya dulu tapi dia cakap stok vitamin c tak ada. Memang susah hati la waktu tu sebabnya saya jenis yang suka makan supplemen yang sama kalau kesannya bagus untuk saya. Bila akak tu cakap vitamin  dah habis, bermulalah misi pencarian mencari vitamin c dekat tempat lain. Ramai yang jual tetapi versinya tak sama dengan yang saya nak. Ada yang warna oren, ada yang warna kuning..tapi malangnya vitamin c yang selalu saya makan tu out of stock! Hai, hebat benar penangan vitamin c ni kan? Oleh sebab tak ada pilihan saya beli vitamin c 1000mg yang ada ketika itu akan tetapi kesannya tak sama seperti apa yang saya rasai dengan vitamin c sebelum ini. 

Satu hari saya ter'bump' di blog sifu saya Master Nusrat Raihan. Dan di situlah bermula segalanya. Menerusi pembacaan saya, vitamin c yang hangat di pasaran ketika itu adalah vitamin c Shaklee. Bila saya amati bentuk dan warna, yakinlah saya bahawa vitamin c yang saya makan selama ini adalah keluaran Shaklee. Masa tu, jauh di sudut hati saya ada rasa geram dan marah. Bila tanya pengedar shaklee harga cuma rm74 sebotol, dalam tu pulak ada 180 biji. Memang tersangat murah berbanding dengan harga yang saya beli sebelum ini. But it's okay, biasalah adat kehidupan. Kita akan bertemu yang salah dulu, barulah yang betul kan?

Bila dah tahu kebenaran, saya pm pengedar-pengedar shaklee, sebab nak beli vitamin c satu botol terus. Malangnya waktu tu, rata-rata pengedar Shaklee tak ada stok vitamin c. Menangis tak berlagu lah saya waktu itu. Heheehe..Dan dari situ jugasaya  berminat untuk join Shaklee. Waktu tu niat saya half2. Separuh sebab nak dapat Vitamin C cepat, separuh lagi nak buat bisnes. Memang tak serius sangat nak berbisnes ok!




Saya PM sifuku Master Nusrat Raihan. Saya ingat lagi dia tanya saya, "awak pernah consume shaklee tak?". Waktu itu saya jawab pernah tapi hati sebenarnya malu-malu nak mengaku sebab saya beli bukan dengan pengedar sah. Huhuu..but i don't mind. Itu cerita lama, sekurang-kurangnya saya dah beralih ke jalan yang betul dan sekarang dah sah jadi pengedar lagi! Kalau vitamin c habis, boleh terus klik-klik aje tanpa perlu pm2 orang lain. :))

Itu cerita lebih setahun yang lalu. Disember 2012, bermulanya hari saya sebagai salah seorang pengedar sah shaklee.  Dan hari ini saya masih lagi pengedar sah shaklee, tapi saya hari ini lain dari hari pertama saya join Shaklee. Bisnes Shaklee bukan lagi separuh hati tetapi sepenuh hati. Bukan lagi part time tapi full time. Saya dah tahu tujuan saya, moga Allah swt restui niat saya dan permudahkan urusan saya. Amin.  

Anda nak cuba vitamin c shaklee? Boleh aje..jangan lupa hubungi saya ya. ;)



To your good health,  
Eima Sabran



I love living better, being green, living healthy and helping others do the same. 


***************************************************************************************************
DISCLAIMER
** These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration
** These product are not intended to Diagnose, Treat, Cure or Prevent any disease

****************************************************************************************************
Berminat untuk membuat pesanan produk kesihatan Shaklee?
Boleh hubungi saya (pengedar Shaklee yang sah di Terengganu) untuk maklumat lanjut. Konsultansi percuma.

✿Like Facebook Page: VitaminCare4U
✿Shaklee ID: 869813 | Eima Sabran
H/P No: 019-9086 086  
✿YahooMail: akma_sabran@yahoo.com

****************************************************************************************************
LET'S ALL BE HEALTHY & HAPPY!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...