Assalamualaikum. :)
Salam pagi buat para pengunjung dan pembaca setia VITAMINCARE4U. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah s.w.t kurniakan, kita masih lagi bernafas di bumi ini. Semoga hari ini setiap amalan dan perbuatan kita mendapat keredhaan dari Yang Esa.
Pagi ini saya inginberkongsi tentang kepentingan asid folik untuk ibu hamil. Bagi yang merancang untuk hamil bolehla ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.
Ibu hamil jangan mengabaikan pengambilan asid folik. Wajib ambil asid folik untuk mengelakkan risiko keguguran.
Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).
Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.
