Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit yang umum di Malaysia.
Ada yang mengambil jalan singkat, menutup dengan segala macam bedak, foundation dan concealer, tapi hakikatnya di balik topeng bedak, faundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah. Biasa terbaca di akhbar, bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka. Kulit muka terbakar, tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif. Oleh itu, sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa di muka anda.
Atau mahu lebih selamat, rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat. Amalkan rejim kesihatan kulit yang sihat. Seperti dalam Islam, wuduk yang sempurna akan menjadikan wajah cantik berseri. Pengambilan makanan yang sihat dan penjagaan diri yang baik juga penting untuk mendapatkan kulit secantik bidadari.