Friday, 9 May 2014

Shaklee Collagen Powder : Tampak Muda, Rasa Muda


Shaklee Collagen Powder : Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda

    

SHAKLEE COLLAGEN POWDER


Ianya merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprieari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah.

7 Bahan Utamanya :

  • Ekstrak biji benih Camellia, 
  • Japonica, 
  • ekstrak Pfaffia, 
  • kolagen ikan
  • ekstrak kerang-kerangan
  • lactobacillus acidophilus, vitamin C dan Vitamin B

Carotomax Antioksidan terbaik


Nama Produk : CarotoMax ( dahulu dikenali sebagai Beta Carotene )
Kandungan sebotol : 30 kapsul
Cadangan sajian : 1 kapsul sehari

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA.  Apakah yang boleh membantu?  Jawapannya ialah Anti oksida.  Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Thursday, 1 May 2014

Kelebihan Bulan Rejab

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam pagi yang ceria buat semua pembaca VITAMINCARE4U. Kali ini saya ingin kongsikan kelebihan yang ada pada bulan Rejab yang baru kunjung tiba ini. Untuk makluman, info-info ini saya ambil dari blog Shafiqolbu, mudah-mudahan apa yang disampaikan ini dapat memberi manfaat untuk kita semua. 



Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.
  • Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
  • Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.

Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”

Wednesday, 30 April 2014

Kisah saya dan Vitamin C Shaklee

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum sahabat dan para pembaca setia vitamincare4u. 

Alhamdulillah..Malam ini sudah masuk pun 1 Rejab..Pejam celik pejam celik, Ramadhan hanya tinggal 60 hari saja lagi. Sungguh tak sabar rasanya untuk bertemu Ramadhan kali ini. Harapan saya moga Allah swt panjangkan umur saya supaya dapat saya lakukan amal kebaikan sebagai bekalan untuk saya bawa ke akhirat nanti. Amin.

Entri kali ini berkait rapat dengan permulaan bisnes Shaklee saya dan vitamin c. Bunyinya macam pelik kan? Tetapi, itulah hakikatnya. Vitamin C adalah penyebab bagaimana saya boleh terjerumus ke dalam bisnes Shaklee ini. 




Ingat tak dulu-dulu waktu Vitamin C sangat-sangat HOT? Seingat saya pada pertengahan tahun 2012. Bila saya buka FB, rata-rata peniaga kosmetik online akan jual vitamin c. Ada murah, ada mahal. Bila baca testimoni, mulalah saya tergerak hati nak membeli. Untuk pengetahuan, saya ni macam perempuan lain juga, suka dan gilakan kecantikan. Ye la, sapa tak nak cantik kan? Bila dah confirm nak cuba vitamin c, saya pm mereka-mereka yang jual untuk cari siapa yang jual paling murah! Rata-rata jual RM1++ untuk sebiji. Purata mereka yang jual RM45++ untuk 30 biji. Wow, mahal sungguh! Mahal memang mahal, tapi disebabkan nak cantik saya tetap nak beli juga. Jadi, waktu tu saya pakat dengan kakak dan adik-adik untuk sama-sama beli. Bak kata sorang akak yang jual tu, lagi banyak saya beli lagi murah harga yang boleh saya dapat. Jadi hasil pakatan kami adik beradik dapatlah beli dengan harga RM0.80 sen sebiji. Kira ok la daripada RM1.30 sebiji kan?


Sunday, 20 April 2014

Masalah angin dalam badan? Atasi dengan Papermint Ginger Plus Shaklee

Assalamualaikum dan salam bahagia untuk semua para pembaca Vitamincare4u.

Kita biasa mendengar ahli keluarga dan rakan sekeliling yang menghadapi masalah angin. Kebiasaannya, minyak panas akan disapu pada perut untuk mengurangkan masalah ini. Sememamngnya masalah angin dalam badan adalah perkara normal kerana adalah sebahagiaan daripada masalah pencernaan. 


Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan?

Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...