Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Salam pagi yang ceria buat semua pembaca VITAMINCARE4U. Kali ini saya ingin kongsikan kelebihan yang ada pada bulan Rejab yang baru kunjung tiba ini. Untuk makluman, info-info ini saya ambil dari blog Shafiqolbu, mudah-mudahan apa yang disampaikan ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.
Rejablah masanya bulan menabur benih. Amalan pada Rejab dapat menyucikan badan dan pahala amalan baik dalam bulan ini dilipat-gandakan.
- Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (keampunan) dan bulan bertaubat.
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Kelebihan Rejab daripada bulan lain seperti kelebihan al-Quran daripada kitab lain.
- Seseorang yang memuliakan bulan Rejab, maka Allah akan muliakannya dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
- Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu bercucuk-tanam dan keluarnya daun.
Rasulullah SAW bersabda: “Rejab adalah bulan bertanam, maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”



