Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru. Kita semua sudah melangkah ke tahun 2013. Yang manis jadikan ia kenangan, yang pahit jadikan ia titik tolak untuk permulaan yang baru. Bagaimana dengan azam 2012 anda? Adakah semuanya tercapai




Bagi diri saya sendiri, azam 2012 masih belum tercapai. Apa yang saya inginkan, apa yang saya hajatkan masih belum jadi kenyataan. Mungkin hari-hari yang lepas, usaha saya tidak setimpal dengan keinginan saya. Sebab itu, cita-cita masih lagi kabur untuk digapai. 

Tahun ini, saya masih dengan azam yang sama. Cita-cita dan impian yang sama seperti 2012. Namun kali ini, saya tanamkan azam untuk tingkatkan usaha saya dalam setiap langkah saya. Kalau dulu saya cuma merangkak, kali ini saya pastikan untuk berlari selaju-lajunya. Sekiranya saya usaha, istiqamah, yakin dan sentiasa bertawakal pada-Nya, InshaAllah, Dia akan bukakan jalan untuk saya gapai impian saya. Amin..

Oh ya..di tahun baru ini juga adalah permulaan untuk saya berbisnes bersama-sama Shaklee. InshaAllah, saya akan buat bisnes ini dengan tekun dan bersunguh-sungguh. Seingat saya,enam bulan lepas saya adalah pengamal tegar vitamin c organik yang hangat dijual di Facebook dan blog-blog. Saya tidak pernah tahu yang vitamin tersebut adalah vitamin c Shaklee. Hinggalah pada satu hari saya terbaca di blog mentor saya Kak Nusrat. Pada waktu itu, saya rasa sangat tertipu kerana saya membeli vitamin tersebut dengan harga yang sangat mahal padahal saya boleh dapat harga yang sangat murah jika saya beli terus dengan Shaklee. Tapi, tak mengapalah..saya memilih untuk lebih positif. Jika saya tak makan vitamin c tersebut, mungkin saya tak kenal Shaklee. Jadi tak dapatlah saya mulakan bisnes ini kan? Hehe.. Jadi benarlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya.Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. 

Jadi untuk semua saya ucapkan selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ini kita semua akan dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahkan kebahagian, keberkatan dan keredhaan dalam hidup. Sama-samalah kita bimbing diri kita ke arah yang positif, tingkatkan amal ibadah kita, dan yang penting istiqamah dan tawakal atas setiap usaha dan langkah kita. InshaAllah kita semua akan mendapat keredhaan-Nya.

Dan jangan lupa, jaga kesihatan diri ya! Sebab kalau kita sakit, macam mana kita nak berkerja, cari rezeki dan yang paling penting untuk beribadah kepadaNya. Jadi, sahabat-sahabat..apa kata tahun ini, pilihlah nutrien, supplement dan produk kesihatan yang betul-betul berkesan serta memberi manfaat untuk anda. Yang paling penting produk itu HALAL. 

Shaklee ada jawapannya...Jom ramai-ramai cuba Shaklee. :)

****************************************************************************************************
Berminat untuk membuat pesanan produk kesihatan Shaklee?
Boleh hubungi saya (pengedar Shaklee yang sah di Terengganu) untuk maklumat lanjut. Konsultansi percuma.

✿Like Facebook Page: VitaminCare4U
✿Shaklee ID: 869813 | Nurul Akma Sabran
H/P No: 019-9086 086  
✿YahooMail: akma_sabran@yahoo.com

****************************************************************************************************
LET'S ALL BE HEALTHY & HAPPY!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...